Monday, February 24, 2003

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN :

1 > Jaziz Amiruddin
2 > Hammad
3 > Fariz Rizal
4 > Rizal Suhairie
5 > Mohd Shafiq
6 > Mohd Hafizuddin
7 > Syed Muhammad Hamdi
LATAR

Latar Tempat

1. Sebuah kampung nelayan.
2. Dalam bot.
3. Bekas khemah tentera rejimen melayu.
4. Tepi muara.

Latar Masa

1. Zaman pendudukan Jepun

Latar Masyarakat

1. Masyarakat orang Melayu yang menjadi mangsa perang - hidup senantiasa dalam keadaan cemas.

2. Masyarakat tentera - tentera Jepun yang bertindak ganas kepada penduduk setempat
GAYA BAHASA:

Pemilihan Diksi:
Cerpen ini mempunyai gaya bahasa yang menarik dari segi pemilihan diksi. Ia berkait rapat dengan latar tempat dan watak-watak dalam cerpen ini. Diksinya berhubung rapat dengan alam dan persekitaran yang menimbulkan kesan keindahan kepada gaya bahasa cerpen.Contohnya:

* Mentari senja
* Burung-burung berlegar laut berlegar
* Tenggelam timbul
* Menjunam deras mencecah laut
* Aneka kerlip kenangan pasang surut

Penggunaan ayat:-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengarang menggunakan bahasa yang indah dan berkesan dalam cerpen ini seperti contoh-contoh berikut:

Ayat Majmuk: Dalam setiap kenangan tentang Ripin, kini yang sering terkesan ialah sebelah tangan temannya yang terjulur kaku.

Ayat Tunggal: JUmari Jipan cuba memujuk Deliah pulang.

PersonafikasiI:----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh: Bot kecil yang berlabuh itu terlenggang-lenggang dan berderak-derak dalm cahaya mentari senja yang beransur lemah.

Metafora:------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh: Langit di sebelah barat daya separuh pucat danseparuh pekat.

Simile:---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Contoh: ....membiarkan dirinya melayang seolah-olah bebas tidak berarah.

Perulangan pada awal kalimat:-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh: Di situlah dia mengintip Fisah yang hampir menjadi isterinya ; di situylah juga dia belajar bersilat.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Jumari Jipan

- orang tua.
- datuk angkat Deliah.
- kawan baik Ripin (datuk Deliah).
- pernah bertugas dengan askar British.
- penyayang (sanggup membawa Deliah, anak yatim piatu, ke tempat kerjanya di dalam bot).
- bijak (menyembunyikan bot daripada askar Jepun supaya mudah melarikan diri).

WATAK SAMPINGAN

Deliah

- anak yatim piatu (ayah, ibu, kakak da datuknya terbunuh setelah terkena bom askar Jepun).
- cucu angkat Jumari Jipan.
- sahabat baiknya seekor kucing, Rinda.
- gadis kecil yang lincah.
- yakin akan diri (Deliah dengan yakin mengatakan bahawa keris yang ditemui Jumari ialah keris
datuknya.
- pengkhayal (selalu membayangkan bahawa datuknya yang memiliki keris kecil sakti.
NILAI DAN PENGAJARAN

1. Kedatangan Jepun merosakkan anak anak gadis tempatan.

2. Tentang wujudnya masyarakat yang bersimpati terhadap mangsa peperangan.

3. Sikap kasih sayang antara manusia dengan haiwan.

4. Sikap tanggungjawab yang perlu ada sesama manusia.

5. Jepun tidak berperikemanusiaan dan membuat masyarakat hidup dalam ketakutan.

6. Curahan kasih sayang sesama manusia atau ihsan.
SINOPSIS

Cerpen Di Sisi Rinda mengisahkan kehidupan dan suasana yang tidak aman di tanah Melayu pada zaman percubaan Jepun menguasai Tanah Melayu. Cerita ini berkisar kehidupan Jumari Jipan,seorang kelasi kapal Inggeris yang secara tiba-tiba menerima tanggungjawab menjaga seorang gadis kecil bernama Deliah.Deliah,yang lebih mesra dipanggil Nen,merupakan anak piatu yang telah kematian ayah.,ibu dan kakak yang terkorban dalam serangan bom Jepun.Tanpa ada saudara lain sebagai tempat berlindung,Jumari Jipan satu-satunya harapan Deliah dalam suasana perang yang tidak menentu.Tidak seperti gadis kecil sebayanya,Deliah mempunyai banyak keistimewaan.Sifatnya yang pengkhayal dan petah bercerita menjadikan Deliah lebih matang daripada usia sebenarnya.Dia sering berbual-bual sendiri bersama-sama Rinda , kucing siam yang dihadiahkan oleh Jumari Jipan ketika Deliah berusia tiga tahun.Ketika mereka berdua sampai ke kawasan khemah tentera rejimen Melayu yang sudah ditinggalkan,Jumari Jipan agak terkejut melihat perubahan yang berlaku.Semua rumah sudah kosong tanpa penghuni. Melihat kesan-kesan yang ditinggalkan,Jumari Jipan mengimbas kenangan masa remajanya,mengalahkan empat teman pendekarnya dan peristiwa Ripin mengalahkanya.Di halaman rumah yang sudah lama ditinggalkanya,Jumari Jipan menemui sebilah keris di antara timbunan buyung yang tergolek di situ.Deliah gembira kerana menganggap itulah keris pusaka datuknya yang sering di mimpikanya.Keris itu membuat Jumari Jipan mengingat kembali cerita-cerita mitos silam yang dikaitkan dengan tempat itu.Dia juga teringat semula,cerita Ripin tentang keris yang diperolehnya dalam mimpi yang akan hadir pada waktu-waktu tertentu.Ketika Deliah bercakap-cakap dengan Rinda di semak-semak senduduk,Jumari Jipan dikejutkan oleh kemunculan tentera Jepun yang mencari kucing siam untuk teman kucingnya. Jumari Jipan yang tiba-tiba muncul menyuruh Delih lari ke bot di jeti dalam suasana cemas dan kelam-kabut itu,beberapa orang tentera Jepun melepaskan tembakan.Sasaran peluru mereka mengenai rakan sendiri.Rinda yang pertama sampai ke jeti tempat bot disembunyikan berlegar-legar di atas bot ketika Deliah sampai.Jumari Jipan di belakang Deliah meraba keris di pinggang apabila Deliah menjerit memberitahu mereka selamat kerana tuah keria datuknya.Jumari Jipan terkejut apabila mendapati keria itu telah hilang dan dia teringat akan mimpinya dua malam lepas.
BINAAN PLOT

a) permulaan - pengarang memperkenalkan watak Jumari jipan yang terpaksa menjaga Deliah.

b) perkembangan - Deilah hendak mengikut Jumari ke mana-mana saja.

c) perumitan - Jumari Jipan terpaksa membawa Deliah dan Rinda ke dalam bot walaupun bot itu
mungkin akan dibom oleh askar Jepun.

d) puncak - Jumari Jipan, deliah dan rinda berjaya melarikan diri daripada askar-askar Jepun.

e) peleraian - Jumari Jipan, Deliahdan rinda berjaya sampai di bot yang desembunyikan oleh jumari Jipan.


TEKNIK PLOT

a) dialog - "Nen tak ada sapa-sapa. Nen seorang. Nen........"
"Nen tak boleh tinggal di sini," katanya.

b) pemerian - Bot kecil yang berlabuh itu terlenggang-lenggang dan berderak-derak dalam cahaya
mentari senja yang beransur lemah.

c) imbas kembali - Jumari Jipan teringat kembali bagaimana Ripin, datuk Deliah, mati terkena bom.

d) saspens - timbul perasaan ingin tahu pembaca tentang nasib yang menimpa Deliah dan Rinda yang
mengikut Jumari ke tengah laut.
Gaya Bahasa
TEMA DAN PERSOALAN

1. Tema
Bertemakan penderitaan mangsa peperangan pada zaman jepun

2. Persoalan
Penderitaan Masyarakat - Iaitu sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Tanggungjawab Manusia - Manusia yang hidup perlu memikul tanggungjawab
Kasih Sayang - Persoalan tentang kasih sayang antara manusia dengan manusia dan juga antara manusia dengan haiwan
Bersifat Ikhlas dan Simpati Sesama Manusia - Jumari Jipan bersimpati terhadap nasib Deliah yang yatim piatu

Thursday, February 20, 2003

Sinopsis